Wednesday, 29 February 2012

Karangan Darjah 2

Hilang di Pasar Malam
   Karangan 1 :
          Malam itu sungguh sejuk. Ibu mengajak Siti pergi ke pasar malam. Rumah Siti berdekatan dengan pasar malam itu.
          Apabila mereka sampai di situ, Siti nampak banyak mainan di pasar malam itu. Siti suka bermain mainan itu. Siti berasa gembira di situ. Mainan itu ialah yoyo, tikus dan anak beruang.
          Siti terlupa ibunya. Siti berasa ketakutan. Siti menangis dengan kuat. Siti meminta tolong dari pegawai polis. Pegawai polis mencari ibu dan bapa Siti.
          Siti mengucapkan terima kasih kepada pegawai polis kerana akhirnya Siti berjumpa dengan ibunya. Siti berasa penat. Siti dan ibunya pulang ke rumah dan tidur.
Hasil tulisan :
Md Nazirul Asreen (2 Excellent)
Karangan 2 :
          Malam itu sungguh sejuk. Ibu mengajak Sharafana pergi ke pasar malam. Rumah Sharafana berdekatan dengan pasar malam itu.
          Di sana ada banyak mainan. Sharafana melihat pelbagai bentuk mainan seperti anak beruang, tikus dan banyak lagi. Tiba-tiba Sharafana terlupa dengan ibunya.
          Sharafana menangis dan meminta tolong kepada pegawai polis itu untuk mencari ibunya. Mereka menolong Sharafana mencari ibunya itu. Sharafana menangis dengan kuat tanpa berhenti.
          Lima minit kemudian, mereka berjaya mencari ibu Sharafana. Sharafana berasa gembira berjumpa dengan ibunya. Mereka pun pulang ke rumah.
Hasil tulisan:
Putri Alisha (2 Fabulous)


Sunday, 26 February 2012

Latihan Karangan Bergambar


Cuaca sungguh panas, Nelly sungguh penat. Ibu Nelly pergi ke kedai binatang untuk membeli seekor kucing untuk Nelly. Ibu Nelly pun pulang ke rumah.

Apabila ibu Nelly sampai ke rumah, dia memberi kucing itu kepada Nelly. Nelly berasa sangat gembira. Nelly memberi nama Comel kepada kucing itu. Hari sudah malam, Nelly terasa penat. Dia hendak tidur. Nelly tidur bersama Comel. Comel diletakkan di dalam bakul yang di alas dengan kain.

Esoknya, Nelly cemas kerana Comel hilang. Dia pun terkejut kerana pintu terbuka. Nelly memberitahu ibunya bahawa Comel hilang.

Nelly dan ibunya keluar untuk mencari Comel. Nelly mencari di taman. Ibu Nelly mencari di semak. Akhirnya, ibu Nelly dan Nelly terjumpa Comel di atas pokok. Ibu Nelly berpesan supaya menjaga Comel dengan baik.

Nama Penulis: Mudh Sufi
Kelas: 3C

Latihan Karangan Bergambar


Pada suatu pagi, ibu membelikan seekor kucing untuk anaknya yang bernama Sarah. Sarah berasa sungguh gembira. Sarah sangat sayang kepada kucingnya kerana kucingnya comel. Dia mengucapkan terima kasih kedapa ibu. Dia akan menjaga kucing itu dengan baik.

Sarah mengalaskan kain pada bakul yang akan digunakkan oleh kucingnya ketika ianya tidur. Dia meletakkan bakul kucingnya di tepi katilnya. Sarah rasa gembira apabila dia dapat membela kucing. Selepas itu dia baring di katilnya lalu tertidur.

Esok pagi, Sarah bangun. Dia melihat kucingnya sudah hilang. Dia turun ke kolong blok untuk mencari kucingnya. Dia mula panik. Dia mula berasa sedih.

Sarah mula mencari di tempat lain. Dia juga bertanya kepada orang-orang di situ jika mereka melihat kucingnya tetapi tidak sesiapa yang tahu. Akhirnya, dia berjumpa juga kucingnya. Dia berasa gembira.

Nama penulis: Amirah Jeffrie
Kelas:3C 

Latihan Karangan Bergambar


Ini adalah Emily. Dia suka bermain dengan kucing. Pada suatu hari, ibu Emily membelikan dia seekor kucing. Kucing yang berwarna putih itu sangat comel.

Emily sangat menyayangi kucingnya. Sebelum tidur, Emily meletakkan kucingnya di dalam bakul yang dialas kain di sebelah katilnya. Dia sempat bermain-main dengan kucingnya sebelum tertidur.

Pada keesokan harinya, Emily sedar kucingnya telah hilang. Puas Emily mencarinya di merata rumah tetapi tidak menjumpai kucing kesayangannya.

Emily mula cemas dan sedih tetapi Emily tidak berputus asa. Dia terus mencari kucingnya.

Akhirnya, Emily terjumpa kucingnya sedang nyenyak tidur di bawah katilnya. Emily tersenyum sambil terasa amat lega
                                                                        Nama penulis: Eva
                                                                                        Kelas: 3E

Karangan murid darjah 2

                                           Bermain layang-layang di padang

Karangan 1 :

         Zaydan mengajak kawan-kawannya, Fahim dan Ali pergi bermain layang-layang. Mereka bermain layang-layang di padang. Mereka tidak sabar untuk bermain layang-layang.
   
         Ketika mereka sampai di padang, mereka pun mula bermain dengan layang-layang. Mereka bermain dengan seronok sekali. Tali kasut Fahim terlepas. Fahim berasa geram kerana dia haru mengikat tali kasutnya. Layang-layang Ali berbentuk ulat. Layang-layang Zaydan berbentuk rama-rama dan layang-layang Fahim berbentuk burung.

         Tiba-tiba, angin bertiup kencang. Layang-layang Ai terputus talinya. Ali geram dan sedih. Dia menangis. Fahim memberikan layang-layang dia kepada Ali. Ali gembira.

         Setelah mereka penat bermain layang-layang, mereka pun balik ke rumah. Mereka berasa sungguh gembira dapat bermain layang-layang itu.


Hasil tulisan :
Ahmad Fahim (2 Fabulous)

=========================================================================

Karangan 2 :

          
          Ali mengajak kawan-kawannya, Amir dan Alif pergi bermain layang-layang. Mereka bermain layang-layang di padang. Mereka tidak sabar untuk bermain layang-layang. Mereka berjalan ke padang.

         Ketika mereka sampai di padang, mereka pun mula bermain dengan layang-layang. Layang-layang Ali berbentuk rama-rama. Layang-layang Amir berbentuk burung. Layang-layang Alif berbentuk ulat. Sebelum Amir bermain layang-layang, dia mengikat tali kasutnya. Mereka bermain layang-layang dan berasa gembira.

         Tiba-tiba, angin bertiup dengan kencang. Layang-layang Alif terputus talinya. Alif berasa sedih kerana dia tidak dapat main layang-layangnya. Alif menangis tersedu-sedu.

       Setelah mereka penat bermain layang-layang, mereka pun pulang ke rumah.

    
Hasil tulisan :
Fatin Nazerah (2 Fabulous)

   

Saturday, 25 February 2012

Penanda Buku

Hasil karya murid Darjah 2
EIRDINA MARIYAH 2G

IFFAH RA'DAH 2E

SERI HIDAYAH 2E

Nantikan hasil karya dari ramai pelajar-pelajar kami.

Thursday, 9 February 2012

Pengalaman Ke Sebuah Kelong


Suara ayam berkokok mengisi telinga Ali. Matahari pula mula terbit. Angin segar mengisi telinga Ali. Ayah pula mengejutkan Ali dan memberitahunya bahawa ayah akan membawa Ali dan sepupunya ke kelong. Ali pergi ke kelong  menaiki bot.

Apabila sudah sampai ke kelong . Mulutnya  ternganga. Dia  terperanjat kerana tempat itu besar. Ada ikan yang kecil dan ada juga yang besar. Ayah membawa Ali dan sepupunya berjalan-jalan  dan memberitahu jenis-jenis ikan di kawasan itu. Ayah Ali ada rancangan untuk mengajar Ali dan sepupunya memancing.
Ayah menunjukkan mereka bagaimana untuk menggunakan joran.Selepas ayah mencampakkan mata kailnya di kelong dia merasakan ada ikan menarik tali jorannya,ayah memberitahu bahawa ada ikan telah memakan umpanya. Ayah pula cepat-cepat tarik dan mendapat seekor ikan. Ali dan sepupunya cuba dan mereka mendapat dua ekor ikan.

         Selepas memancing,ayah menyimpan semua ikan dalam satu bakul dan membawanya balik. Apabila sudah sampai di rumah, ayah pula memasak ikan-ikan itu.Sambil menunggukan ayah memasak Ali dan sepupunya bermain dan bercerita tentang perasaan mereka di sana.


Selepas ayah siap memasak,ayah menghidangkan makanan di meja makan, Ali dan sepupunya melari ke meja makan dan cepat-cepat memilih apa yang mereka mahu. Setelah kenyang, ayah, Ali dan sepupunya berehat.Selepas berehat sepupu Ali mencari-cari di manakah Ali. Rupa-rupanya Ali ada di dalam bilik menulis karangan tentang di kelong tadi.


Siti Athirah (5Diligent)

Pengalaman Ke Sebuah Kelong


Peristiwa itu tidak boleh dilupakan oleh Ahmad dan kawan-kawannya. Ahmad dan kawan-kawannya telah pergi berdarmawisata ke kelong. Mereka menaiki bot ke kelong. Bot itu berhenti di jeti. Mereka sangat gembira kerana dapat pergi ke kelong.



          Selepas itu, mereka ditolong oleh penjaga kelong untuk menaik ke atas kelong. Penjaga itu bernama Encik Ali. Encik Ali membawa mereka ke tempat mereka memelihara ikan.Ikan-ikan itu disimpan di dalam sebuah jaring di laut. Encik Ali juga memberitahu mereka tentang ikan-ikan itu.


           Encik Ali telah menangkap ikan menggunakan jala dan joran.Ahmad melihat ikan itu dengan teliti. Kawan-kawan Ahmad telah pun berjalan untuk melihat apa yang terdapat di situ. Encik Ali gembira kerana dapat menangkap ikan. Encik Ali juga mengarahkan mereka ke sebuah bilik.

          Di bilik itu, Ahmad dan kawan-kawannya diajar oleh Encik Ali tentang bagaimana untuk memegang joran dan jala apabila menangkap ikan. Mereka juga dapat mengetahui bagaimana untuk memasang tangsi untuk joran. Mereka juga dapat bertanya soalan kepada Encik Ali. Mereka dapat sebuah hadiah jika soalan yang dijawab betul. Mereka menuju ke sebuah tempat makan.

          Ahmad dan kawan-kawannya dapat makan makanan yang sangat sedap. Semua makanan yang dihidangkan ialah ikan. Makanan yang dihidangkan termasuk ikan bawal, ikan pari, ikan merah dan banyak lagi. Mereka sangat terkejut apabila mereka melihat semua makannya adalah ikan. Mereka kenyang selepas makan makanan yang lazat itu.


Adjani (5Ace)

Pengalaman Ke Sebuah Kelong


Sang Suria kelihatan ceria. Hari itu sangat panas. Peluh menitis di dahi. Cikgu Shamsul dan murid-muridnya bercadang untuk pergi berdarmawisata. Mereka menaiki bot yang besar untuk pergi ke kelong.


Apabila mereka sampai di jeti, ada seorang penjaga di kelong itu menolong murid-murid itu naik ke kelong. Seorang penjaga kelong itu memperkenalkan dirinya sebagai Encik Faizal. Encik Faizal memesan murid-murid itu agar berhati-hati ketika berada di kelong. Murid-murid Cikgu Shamsul berasa ghairah.
 

Encik Faizal membawa murid-murid itu masuk ke tempat dia menyimpan ikan. Di situ juga terdapat beberapa buah jala dan joran. Mereka berasa seronok melihat ikan yang berwarna-warni. Encik Faizal menunjukkan ikan yang paling besar kepada murid-murid.


Encik Faizal menerangkan cara-cara untuk menggunakan jala dan joran. Selepas menerangkan, murid-murid berasa seronok untuk menggunakan jala dan joran itu. Mereka mendapat seekor ikan. Encik Faizal melihat murid-murid itu gembira.


Selepas berjalan-jalan dan mendapat seekor ikan, Cikgu Shamsul, Encik Faizal dan murid-murid telah makan tengah hari. Mereka berasa lapar. Mereka minum air Sprite dan makan Nasi Lemak. Mereka semua berasa kenyang.


            Selepas makan tengah hari, mereka membawa ikan yang mereka menangkap ke darat. Cikgu Shamsul dan murid-muridnya menaiki bot untuk pulang. Encik Faizal mengucapkan selamat tinggal. Mereka pun pulang ke sekolah. Cikgu Shamsul menyuruh murid-muridnya untuk bercerita tentang perasaan mereka ketika di kelong.



Nur Adlina ( 5Diligent )


Pengalaman Ke Sebuah Kelong


Cikgu Johan telah membawa tiga orang murid berdarmawisata ke sebuah kelong. Ia terletak di Johor Bahru. Ahmad, Ali dan Adam berasa sangat gembira kerana mereka terpilih untuk mengikuti program itu. Mereka menaiki bot laju untuk ke kelong itu.


Sesampainya di sana, mereka disambut oleh pemilik kelong itu, iaitu Encik Jafaar. Encik Jafaar membantu mereka untuk menaiki tangga ke kelong itu. Kemudian, Encik Jafaar telah membawa mereka bertiga, termasuk Cikgu Johan, ke kawasan kelong itu. Mereka berasa sangat teruja.


Apabila Cikgu Johan, Ahmad, Ali dan Adam sampai ke kawasan kelong itu, mereka berempat ternampak beberapa ekor ikan yang besar. Encik Jafaar telah menyimpan ikan yang ditangkapnya. Encik Jafaar telah mengajar bagaimana untuk menangkap ikan itu menggunakan jala dan joran. Ali, Ahmad dan Adam telah mempelajari bagaimana untuk menangkap ikan.


Selepas itu, Encik Jafaar dan Cikgu Johan telah membawa mereka ke ruang memasak di kelong itu. Encik Jafaar menunjuk mereka bagaimana untuk memasak ikan itu. Ahmad tiba-tiba berasa lapar. Apabila makanannya sudah siap, mereka bersedia untuk makan tengah hari.


Cikgu Johan, Ahmad, Ali dan Adam menikmati ikan bakar yang telah dimasakkan. Perut Ahmad yang kosong itu telah menjadi penuh. Mereka minum air putih sahaja. Mereka bersiap sedia untuk berangkat pulang selepas mereka makan.
 

Sebelum mereka pergi, Cikgu Johan dan murid-muridnya berterima kasih kepada Encik Jafaar. Kemudian, mereka menaiki bot laju untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, Cikgu Johan telah berbincang tentang apa yang telah dipelajari pada hari itu. Mereka semua pulang dengan rasa puas hati.
 

Abid (5Ace)

Pengalaman Di Sebuah Kelong


Kami menaiki motobot untuk pulang ke darat. Kami hendak pulang ke rumah dan memberitahu ibu tentang darmawisata kami ke laut dan kelong. Aku sungguh ghairah dan mahu ke laut sekali lagi. Kami pergi ke kelong untuk belajar tentang bagaimana pemancing menangkap dan menyimpan ikan yang ditangkap.

Bahang mentari bagai membakar kulitku yang cerah ini. Peluh menitis di dahi. Aku dan ayah menaiki motobot. Ayah memandunya dengan laju. Air laut terpercik ke muka kami. Kami memegang tepi motobot supaya tidak terjatuh.

Apabila sudah sampai di kelong, seorang tua menolong kami menaiki kelong yang tinggi.

“Nama saya Encik Hariz, ” kata orang tua itu.

Beliau menyuruh kami pergi tempat pemancing menyimpan ikan. Kami sungguh tidak sabar!

Encik Hariz menunjukkan kami bagaimana ikan yang tertangkap tidak boleh dilepaskan. Aku sungguh tertarik dengan kebolehan pemancing. Ali ternampak sebuah rumah kecil di atas kelong. Encik Hariz ketawa kecil. Dia menyuruh kami mengikutinya.

Aku, Ali dan ayah melihat dalam rumah kecil itu dan kami terperanjat! Ada pelbagai jenis jala dan joran. Encik Hariz menerangkan bagaimana untuk menggunakan jala dan joran. Kami memberi sepenuh perhatian kepada penerangan Encik Hariz.

“Baiklah. Sekarang, kami akan makan tengah hari,” kata Encik Hariz. Perut kami terasa lapar sekali.

Kami mengeluarkan bekalan yang dibawa. Kami menjemput Encik Hariz makan. Encik Hariz setuju dengan cadangan itu. Kami makan dengan bahagia. Selepas makan tengah hari, kami harus pulang ke rumah.


Nur Sabrina Jamal ( 5Ace )

Pengalaman Ke Sebuah Kelong


Matahari bersinar dengan terang.Air laut itu sangat jernih. Burung- burung terbang dengan gaya yang menarik.

“Yay! Sudah sampai! ” pekik Aliff.

Aliff dan adik kembarnya,Aziz dan Afiq telah mengikut pak cik mereka, Pak Cik Din, ke kelongnya untuk makan tengah hari dan belajar tentang ikan yang hidup di situ. Mereka telah menaiki bot untuk ke situ.

Bot itu berhenti di depan jeti kelong itu.Pak Cik Din menaiki tangga ke darat. Selepas itu, dia menolong kanak-kanak yang di dalam bot itu ke darat pula. Sebelum mereka berangkat ke kelong itu, mereka melihat-lihat sekeliling mereka.

Aliff, Aziq dan Afiq makan ikan, nasi dan sup untuk tengah hari. Setelah mereka menghabiskan makanan itu, mereka perhatikan bahagian ikan itu. Mereka tidak sabar untuk melihat ikan yang hidup di kelong itu. Aliff dan adiknya menunggu tanpa bercakap. Mereka hanya mahu mengetahui tentang cara ikan hidup.

Pak Cik Din menunjukkan kanak-kanak itu bagaimana untuk menangkap ikan itu dengan jala dan joran. Aziq dan Afiq gemar mendengar penerangan pak cik mereka. Setiap perkataan yang disebut, mereka mendengar dengan teliti. Di dalam hati Aliff, dia tidak sabar untuk pergi ke kelong itu. Begitu juga dengan adik kembarnya.

Akhirnya,masa sudah tiba. Mereka telah dibawa keluar ke kelong itu.

“Wah,banyaknya ikan!” jerit Aliff.

Pak Cik Din menerangkan kepada mereka tentang semua ikan yang ada di situ. Selepas itu, dia memberikan jala dan joran kepada mereka dan memberikan peluang untuk menangkap seekor ikan.

Apabila mereka kembali ke rumah, mereka menceritakan apa yang terjadi di kelong itu kepada ibu bapa. Ibu bapa mereka terkejut mendengar banyak informasi tentang ikan dalam satu hari. Ibu mereka sangat bangga dengan pencapaian ini. Ini menunjukkan yang kanak-kanak boleh belajar lebih daripada satu perkara setiap hari.

Nur Jannah Binte Amin  ( 5Ace )

Program Bacaan Luas : Ayuh Berpantun!

Murid-murid telah ditugaskan untuk menulis dua rangkap pantun. Pantun yang ditulis harus berdasarkan buku bacaan murid. Inilah hasil kreativiti mereka.

Pertemuan

Kanak-kanak bersuka ria,
Sambil bersuka bertepuk tangan,
Setiap kejadian ada hikmahnya,
Cincin pusaka jadi kenangan.

Pak Ali pergi kota,
Singgah sebentar di kedai Pak Hassan,
Sungguh malang nasib menimpa,
ibu dan ayah pergi tanpa pesanan.

Nur Allysha (6Champion)

Ibu, Apakah Duyung Itu Wujud?


Olok-olok burung di laut
Ogok-ogok burung di bukit ,
Rupa  elok  bagai diraut,
Duyung penawar hati yang sakit.

Bulan  terang di tengah laut,
Bolehkah saya pancing gelema;
Kalau  datang ajal yang maut,
Mahukah Duyung mati bersama?

Hanis Zawani (6Champion)


Kejayaan

Buah langsat si buah duku,
Di ambil dari kebun Cik Baba,
Selalu ingat pesanan guru,
Berjasa pada orang tua besar pahalanya.


Burung terbang dipipiskan lada,
Lada diambil di atas meja,
Kerja keras tidak sia-sia,
Berusaha gigih hingga berjaya.

Nurul Natasha (6Champion)

Dari Lensa Saya : Moral, Sifat Empati









Dalam pelajaran moral hari ini, murid-murid diajar untuk menilai dan memahami kehidupan seseorang yang kurang bernasib baik. Mereka kemudiannya diberikan tema kemiskinan. Mereka telah diberikan 3 hari untuk menghasilkan tugasan ini.

Sunday, 5 February 2012

Karangan Darjah 2

Berkelah di pantai
Contoh karangan 1

            Cuaca pada hari itu sangat cerah. Ibu mengajak kami sekeluarga pergi berkelah. Kami berkelah di pantai East Coast. Kami ke sana dengan menaiki kereta.
            Apabila kami sampai di pantai, ibu membentang tikar. Ibu meletakkan makanan di atas tikar. Sebelum kami main, kami makan dahulu. Kami makan bebola ikan. Selepas itu ayah membaca buku. Ibu bermain air dengan adik saya. Saya bermain pasir. Selepas adik dan ibu bermain air, mereka mengutip kulit-kulit kerang. Selepas saya bermain pasir, saya dan ayah berenang bersama-sama. Selepas ibu dan adik mengutip kulit-kulit kerang, mereka bermain kapal layar.
            Setelah penat bermain, kami pun pulang ke rumah. Di kereta, saya dan adik tertidur. Kami rasa penat tetapi gembira.
Iffah Raidah (2Excellent)                   
--------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh karangan 2
            Cuaca pada hari itu sangat cerah. Ibu mengajak kami sekeluarga pergi berkelah. Kami berkelah di pantai East Coast. Kami ke sana dengan menaiki kereta.
            Apabila kami sampai di pantai, ibu membentang tikar. Ibu meletakkan makanan di atas tikar. Saya dan adik pergi berbasikal. Adik bermain pasir bersama saya. Saya dan adik berehat dan juga makan sandwic.
            Setelah penat berenang dan bermain, kami pun pulang ke rumah. Saya dan adik tertidur di dalam kereta.
Nayli Adriana (2 Excellent)                    

Thursday, 2 February 2012

Program Bacaan Luas

Objektif program ini ialah untuk memupuk minat kepada murid untuk membaca buku Bahasa Melayu.

Seterusnya, adalah lukisan murid-murid dari darjah 5 yang telah melakukan aktiviti melukiskan kulit buku.







Wednesday, 1 February 2012

Suatu Pengtekaran


Cuaca sungguh panas seperti  membakar kulit dan tumbuh-tumbuhan. Sang Mentari berada di atas kepala. Kepanasan itu membuat aku dahaga. Peluh menitis di atas lantai. Kulitku dipenuhi dengan manik-manik peluh. Aku berasa bosan di rumah. Aku meminta izin kepada ibu dan bapaku untuk pergi ke taman bersama kawan aku. Ibu dan bapaku mengizinkan aku untuk ke taman. Aku berasa gembira sekali.

Aku terus menelefon kawanku , Ali. Ali juga bersetuju dengan cadangan aku. Aku memberitahu Ali agar berjumpa di taman. Aku terus menukar pakaian dan terus keluar dari rumah. Aku berjalan menuju ke arah perhentian bas. Perhentian bas itu terletak tidak jauh daripada rumahku. 

Beberapa minit kemudian , Ali pun tiba. Kami berbual-bual dengan gembira dan ketawa terbahak-bahak. Aku ketawa kegembiraan sehingga menitiskan air mata. Sunyi. Keadaan di taman sungguh sunyi. Aku menceritakan tentang ibu dan bapaku. Ibu dan bapa Ali telah dipisah.

Ali menolakku dengan kuat. Aku terjatuh dan tanganku cedera. Orang awam yang lalu lalang di situ ternampak pergaduhan kami dan berteriak supaya memberhentikannya. Seorang budak lelaki dating menghampiri kami lalu meleraikan pergaduhan itu.

Mujurlah seorang lelaki tua tiba. Dia bertanyakan kami mengapa kami bergaduh. Lelaki tua tersebut itu memegang bahu kami berdua. Dia menyuruh kami meminta maaf antara satu dengan yang lain.

Pelajaran yang kami dapat dari kejadian itu ialah masalah tidak akan selesai jika kita menggunakan kekerasan. Huraikan masalah dengan cara yang baik. Aku mengucapkan terima kasih kepada orang tua tersebut. Akhirnya , kami berdua menjadi kawan baik semula. 

Nama Penulis: Nurul Natasha (6 Champion)

Mangsa Penyeluk Saku



Tiga tahun sudah berlalu. Namun,aku masih ingat kejadian yang menimpaku. Aku menganggap kejadian  itu sebagai pengajaran dari Tuhan. Sejak hari itu aku tidak lagi cuai.

    Dengan berseluar jean pendek paras lutut,aku melangkah menuju ke stesen bas. Inilah rutin harianku setiap Sabtu. Ketika waktu embun membasahi daun,aku sudah siap ke perpustakaan.

     Bas pun tiba, aku melangkah masuk ke dalam bas. Alangkah terkejutnya aku apabila bas sudah sesak dengan berbagai-bagai manusia yang hendak pergi ke kerja atau pusat membeli-belah.

       Dengan tidak disangka-sangka,ada seorang lelaki yang mengambil dompetku daripada kocek belakang seluar. Ketika kejadian itu, aku tidak memikir atau berasa curiga terhadap lelaki itu.

       Lelaki itu menjadi  tergopoh-gapah sehingga terlanggar seorang wanita kerana mahu melarikan diri dengan pantas. Titik-titik peluh membasahi bajunya .

      Stesen ke-5 . Masa untukku turun dari bas aku mencapai tanganku ke kocek belakangku. Dompet tiada. Takut. Itulah perasaanku. Aku takut jika ibu mendapat tahu dompet yang berisi $50 dan sekeping kad ez-link hilang. Aku tidak berani untuk cabaran itu. Aku meminta seseorang wang untuk membayar duit tambang bas. Aku tidak memberitahu ibuku tentang kejadian itu. Sejak hari itu aku tidak lagi cuai.

Nama penulis : Hanis Zawani ( 6Champion )

Mangsa Penyeluk Saku

Pagi hari itu terang-benderang , embun pagi masih membasahi rumput-rumput yang menghijau. Kicauan burung kedengaran di angkasa bersama Sang Suria yang memancarkan kilauannya ke bumi. Pohon-pohon seakan menanti keriangan. Aku berasa bosan di rumah. Aku bercadang untuk pergi ke pusat membeli belah di Compass Point.


Aku menelefon kawan-kawanku Ali, Syafik dan Adam. mereka adalah kawan baikku. Mereka bersetuju dengan cadangan aku. Aku memberitahu mereka agar berjumpa di pusat membeli belah Compass Point. Aku terus berjalan munuju ke perhentian bas. Aku menahan bas yang tidak jauh daripada aku.


Aku masuk kedalam bas. Bas itu penuh dengan penumpang. Waktu itu sibuk kerana waktu itu waktu pulang dari kerja dan sekolah. Tiada tempat kosong untuk aku duduk. Aku terpaksa berdiri. 


Terdapat seorang lelaki yang kelihatan mencurigakan. Dia mencopet dompet aku dari saku seluarku. Aku terkejut dan tidak dapat melakukan apa-apa.Dia terus lari seperti lipas kudung.

Lelaki itu melanggar seorang wanita yang sedang berdiri. Wanita itu hampir-hampir terjatuh. Aku ternampak lelaki itu memegang dompetku di tangannya. Aku terus mengejar lelaki itu. Terdapat orang awam yang menolong aku mengejar lelaki itu. Setelah beberapa minit , orang awam itu dapat menangkap pencopet itu. Aku berasa lega sekali.

Orang awam itu memulangkan dompetku. Dia turus menelefon polis. Selepas sepuluh minit, polis pun tiba. Pencopet itu ditangkap dan dibawa ke balai polis. Aku mengucapkan terima kasih kepada orang awam itu kerana menolong aku menangkap pencopet itu. Aku mempelajari satu pelajaran yang aku harus lebih berhati-hati apabila meletakkan dompetku di sakuku.  


Nama Penulis: Nurul Natasha (6 Bravo) 





Kuiz Cepat Tepat 2012

Bermulalah Kuiz Cepat Tepat pada tarikh 28 Januari 2012 bagi sekolah-sekolah di zon utara. Peringkat suku akhir telah diadakan di Sekolah Rendah Punggol.

Objektif Kuiz Cepat Tepat 2012 ialah:

  • Menggalakkan pembelajaran, penggunaan dan penghargaan akan bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu di luar lingkungan bilik darjah.

  • Mempamerkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid, guru, ibu bapa dan orang awam belajar,menggunakan dan menghargai bahasa Melayu dengan cara yang menyeronokkan dan kreatif

  • Memberikan peluang kepada lebih ramai murid menyertai Kuiz Cepat Tepat di peringkat zon sekolah-sekolah.
Kumpulan tidak berjaya ke peringkat seterusnya tetapi mereka mendapat pengalaman untuk bertanding dengan sekolah-sekolah lain di zon ini.

Guru-guru juga pulang dengan pengetahuan dan pengalaman yang mungkin dapat membantu seandainya berpeluang untuk bertanding lagi tahun hadapan.